Ubahsuai Rumah KL & Selangor
Kami merupakan kontraktor pakar Renovation yang berpengalaman,
khusus dalam menyediakan perkhidmatan pengubahsuaian kediaman dan komersial dengan hasil kerja yang kemas, berkualiti dan menepati masa.
Berpaksikan prinsip ketelitian, kejujuran, dan kepuasan pelanggan, kami berusaha untuk merealisasikan rekaan impian anda menjadi kenyataan.
Setiap projek renovasi dikendalikan oleh pasukan yang mahir dalam bidang masing-masing,
dengan penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi serta kaedah kerja yang mematuhi standard.
Komitmen kami adalah untuk memberi penyelesaian menyeluruh
yang merangkumi reka bentuk, pelaksanaan dan kemasan akhir agar setiap ruang tampil lebih selesa, praktikal, dan bernilai tinggi.
Kami mencipta visi jelas untuk projek anda, memastikan setiap detail selari dengan impian anda.
Dengan pendekatan berorientasikan hasil, kami beri kebebasan kepada pakar kami untuk bekerja dengan kreativiti tanpa kompromi kualiti
Keputusan Secara Kolaboratif
Kepuasan anda sebagai keutamaan dengan melibatkan anda secara langsung dalam setiap proses pengambilan keputusan,
Pemilihan material berkualiti, reka bentuk fungsional, sehingga penyelesaian masalah teknikal,
tim kami akan mendengar input anda dan menggabungkannya dengan kepakaran profesional.
Kecemerlangan dalam Renovasi
Kami tidak sekadar mengubah ruang – kami mentransformasi visi anda menjadi realiti yang mengagumkan.
Dengan pendekatan revolusioner dan perhatian kepada detail, setiap projek kami dirancang untuk mencipta kesan ‘WOW’ yang berkekalan
Panduan Pakar untuk Projek Anda
Kami membimbing anda melalui setiap langkah renovasi, dari perancangan hingga penyelesaian.
Dengan pendekatan mentor, kami pastikan anda memahami proses dan merasa yakin dengan pilihan anda
Elakkan Pendekatan Kaku
Kami menolak kaedah ‘ikut saja’ tanpa perbincangan.
Renovasi efektif memerlukan fleksibiliti untuk menyesuaikan dengan keperluan unik anda dan situasi tapak yang berubah
Keperluan Anda, Keutamaan Kami
Kami mendahulukan kesejahteraan dan keperluan anda, mewujudkan hubungan harmonis sepanjang projek.
Dengan sokongan penuh, keputusan kami berpusatkan anda – dari jadual kerja hingga pemilihan bahan.
Komitmen kami adalah untuk memastikan 100% kepuasan anda kami pastikan anda selesa dan yakin dengan setiap keputusan renovasi.
Perkhidmatan Kami
🏠 Renovation / Ubahsuai Rumah
- 🔹 Porch & Ruang Tambahan
- 🔹 Kerja struktur, paip, jubin, plaster ceiling
- 🔹 Tingkap, pintu & cat akhir yang kemas
Kami menawarkan perkhidmatan penuh untuk membina Dapur, Porch atau Ruang Tambahan dari awal hingga akhir
meliputi kerja-kerja persediaan tapak, pembinaan struktur dan Sistem Paip, hinggalah ke peringkat kemasan akhir
seperti pemasangan Jubin (Tile), Ceiling Plaster, Tingkap, Pintu, dan kerja Mengecat.
Semua kita buat dengan penuh ketelitian dan kemahiran, demi menghasilkan hasil akhir yang kemas,
berkualiti, dan mampu memberi kepuasan kepada pelanggan.
Dengan
barisan Tukang yang berpengalaman dalam bidang masing-masing, kami
menangani kerja-kerja renovate yang mencabar dengan cara yang cekap dan
berkesan.
Setiap sentuhan pakar pertukangan kami teliti dan profesional,
menjadikan proses anda lebih teratur, kemas, dan menepati citarasa yang diinginkan.
🚿 Naik Taraf Bilik Air
Naik taraf moden & praktikal termasuk:
- 🔹 Bina dinding baharu, tukar pintu/tingkap
- 🔹 Sanitary ware, pemanas air, lampu & exhaust fan
- 🔹 Waterproofing & jubin kemasan moden
Kami menawarkan perkhidmatan Naik Taraf secara menyeluruh,
termasuk kerja-kerja menambah keluasan ruang, membina dinding baharu, serta menukar pintu dan tingkap sedia ada.
Kami juga menjalankan pemasangan kelengkapan tandas (sanitary ware) yang baharu,
sistem saliran paip yang efisien, kerja pendawaian elektrik untuk lampu, pemanas air (water heater), dan kipas pengudaraan (exhaust fan).
Selain itu, kami juga menitikberatkan kerja kalisan air (waterproofing) bagi mengelakkan kebocoran di masa hadapan.
Kemasan akhir termasuk pemasangan jubin (tile) dan aksesori bilik air disiapkan dengan reka bentuk ergonomik dan moden,
menjadikan bilik air anda bukan sahaja selesa dan mewah, malah bebas masalah kebocoran serta tahan lama.
🧱 Ceiling (Plaster, Kayu & Komposit)
Pasang kedai atau pejabat:
- 🔹 Reka bentuk menarik & lakaran 3D
- 🔹 Pilihan ceiling plaster, kayu & komposit
Dalam proses kerjairumah,
ceiling adalah bahagian yang kita buat selepas kerja kerja atap dan plaster dinding disiapkan semasa membina rumah baru ataupun renovation.
Disini sama ada cadangan anda membuat keseluruhan ubahsuai rumah ataupun memerlukan khidmat pasang ceiling rumah, kedai ataupun pejabat,
barisan tukang kami sedia membantu merealisasikan impian anda dengan berbagai pilihan design yang menarik.
Kami menyediakan lakaran dalam bentuk 3D apabila di perlukan dan Jenis ceiling yang kita buat ialah
jenis Plaster Ceiling, Ceiling kayu & Ceiling Komposit
🧩 Pasang Jubin (Tiles)& dinding:
- 🔹 Jubin bersaiz besar, mozek, bercorak
- 🔹 Leveling & grouting kemas
- 🔹 Sesuai untuk rumah & ruang komersial
Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan jubin (tiles) yang kemas, tahan lama dan berkualiti tinggi
untuk pelbagai ruang seperti lantai rumah, dinding dapur, bilik air, porch, tangga, dan juga ruang komersial.
Setiap kerja pemasangan dibuat oleh tukang yang mahir & berpengalaman, dengan ketelitian pada tahap leveling, grouting, dan pemotongan jubin
agar hasilnya sekata dan kemas
Sama ada anda memilih jubin bersaiz besar, mozek kecil, jubin bercorak moden atau klasik,
kami memastikan kerja dibuat mengikut spesifikasi yang tepat dan kemasan akhir yang rapi.
Kami juga mengambil kira kesesuaian jenis jubin dengan fungsi ruang agar bukan sahaja cantik,
tetapi juga tahan lasak dan mudah dijaga.
Dengan kombinasi kemahiran teknikal dan citarasa estetik,
kami komited menjadikan setiap ruang kelihatan lebih eksklusif dan bernilai melalui kemasan jubin yang sempurna.
🛡️ Bina Pagar (Batu, Kayu & Besi)
Pagar cantik & tahan lasak:
- 🔹 Pagar batu mewah, kayu tropika & besi moden
- 🔹 Ukuran tepat, struktur kukuh & anti-karat
Kami menawarkan perkhidmatan membina pagar yang kukuh, kemas dan tahan lama
menggunakan pelbagai jenis material seperti batu, kayu dan besi, bergantung kepada keperluan dan gaya reka bentuk rumah anda.
Pagar bukan sahaja berfungsi sebagai keselamatan dan sempadan, tetapi turut memainkan peranan penting dalam menaikkan nilai estetika kediaman.
Sama ada anda memilih pagar batu yang kelihatan mewah dan tahan lasak,
pagar kayu yang memberikan suasana semula jadi dan tropika,
atau pagar besi moden yang ringkas dan elegan—
kami sedia membina mengikut citarasa dan bajet anda.
Setiap kerja dimulakan dengan pengukuran dan rekabentuk yang teliti,
termasuk kerja asas konkrit, struktur sokongan, dan kemasan akhir seperti cat atau salutan anti-karat.
Dengan pengalaman dalam kerja binaan dan tukang mahir,
kami pastikan pagar anda dibina bukan sekadar cantik dipandang, tetapi juga tahan lama serta memenuhi aspek keselamatan.
🎨 Cat Dinding & Atap
Kerja cat dalaman & luaran profesional:
- 🔹 Pembersihan, skim coat & undercoat
- 🔹 Finishing coat tahan lama & warna sekata
Kami menyediakan perkhidmatan mengecat dinding rumah, pintu, jeriji besi (grill), atap dan lain-lain komponen kediaman.
Setiap kerja dibuat dengan proses penyediaan permukaan secara teliti.
Antara langkah awal yang kami buat ialah mencabut paku atau skru yang tidak lagi digunakan,
membuang lapisan cat lama yang rosak, dan membuat skim semula permukaan (skim coat) jika di perlukan.
Untuk
dinding luar dan atap, kami akan mencuci menggunakan water jet untuk
memastikan kebersihan maksimum sebelum proses mengecat dijalankan.
Kami juga akan membaiki permukaan retak atau tidak rata bagi memastikan hasil akhir yang kemas, berkualiti dan tahan lama.
Langkah mengecat dimulakan dengan sapuan asas (undercoat) sebagai lapisan pertama.
diikuti dengan dua lapisan cat penamat (finishing coat) untuk memberikan ketahanan jangka panjang serta warna yang lebih sekata dan menyerlah.
⚡ Perkhidmatan Elektrik
Pendawaian lengkap & pencahayaan pintar:
- 🔹 DB box upgrade, soket, kipas & smart lighting
- 🔹 Pemasangan ikut spesifikasi & selamat
Penyelesaian elektrik komprehensif termasuk pendawaian baru, pemasangan lampu, kipas, soket tambahan,
DB box upgrade, dan sistem pencahayaan pintar (smart lighting) dengan jaminan keselamatan.
🪵 Pertukangan Kayu
Awning kayu, pergola, gazebo, loteng & pagar:
- 🔹 Kayu keras tahan cuaca – chengal, balau, resak
- 🔹 Atap tanah liat, shingle, polycarbonate, ACP dll.
Awning kayu Jenis kayu tahan cuaca, Kayu balau, chengal dan resak
dengan pelbagai pilihan atap yaitu daari jenis atap biasa, atap tanah liat, poly carbonate, ACP, atap shingle, laminated glass dll
Pergola, decking, Gazebo, Pagar kayu custom, Pembinaan loteng semua menggunakan kayu keras dan tahan minimum 8 tahun ke atas
🔩 Tukang Besi (Fabrikasi Logam)
Kerja logam kemas & tahan karat:
- 🔹 Grill, pintu besi, awning logam, tangga besi
- 🔹 Kimpalan presisi & custom design
- Kerja-kerja fabrikasi logam termasuk:
- Grill keselamatan tingkap/pintu
- Pintu besi (wrought iron)
- Awning logam
- Tangga besi
- Custom metalwork lain
- Dengan teknik kimpalan presisi dan lapisan anti-karat.
🌿 Reka Bentuk Landskap & Kolam Hiasan
Transformasi halaman jadi oasis:
- 🔹 Kolam koi, air terjun, sungai buatan
- 🔹 Gabungan softscape + hardscape + bunyi air
- 🔹 Reka bentuk harmoni & menenangkan
Kami menawarkan perkhidmatan reka bentuk landskap menyeluruh yang merangkumi pelbagai elemen semula jadi dan buatan, termasuk
serta aliran sungai buatan.
Setiap rekaan dipadankan secara harmoni dengan unsur alam semula jadi melalui gabungan softscape seperti tumbuhan hiasan,
serta hardscape seperti laluan batu, lantai patio dan struktur landskap lain.
Suasana landskap dilengkapkan dengan bunyi gemercik air yang menenangkan,
menghasilkan oasis peribadi yang memberi ketenangan, keindahan visual, dan suasana damai di halaman kediaman anda.
Pilih Pengurusan yang Tepat untuk Renovasi Anda!,
Hubungi kami hari ini untuk perkhidmatan renovation berpusatkan pelanggan dan berkualiti tinggi!
📍 Lokasi Perkhidmatan Sekitar Selangor
Perkhidmatan Renovation & Ubahsuai Rumah yang kami sediakan meliputi kawasan:
🏠 Shah Alam | 🏢 Subang Jaya | 🏘️ Puchong | 🏭 Klang | 🏡 Petaling Jaya |
🏙️ Putrajaya | 💻 Cyberjaya | ✈️ Salak Tinggi | 🎓 Bangi | 🏛️ Kajang dan kawasan sekitarnya.
Fokus pada kerja berkualiti tinggi seperti:
- 🔧 Ubahsuai dapur & bilik air
- 🪚 Porch & kerja pertukangan
- 🧱 Ceiling plaster moden
- 🧽 Pemasangan jubin lantai & dinding
- 🌿 Binaan kolam hiasan & reka bentuk landskap tropika
PERKHIDMATAN TUKANG KAYU KL & SELANGOR
Kami merupakan pakar pertukangan kayu berpengalaman dan mahir dalam menghasilkan karya-karya kayu bukan sahaja menawan dari segi estetik, malah amat kukuh dan tahan lasak. Dengan kemahiran teknis yang tinggi, kami memastikan setiap detail disempurnakan sehingga menghasilkan produk akhir yang sempurna. Setiap projek kami kerjakan dengan teliti, menjamin setiap sambungan kayu bukan sekadar cantik tetapi juga sangat kuat dan tahan lama
Perkhidmatan Utama Kami,
🪵Awning Kayu
🪵Decking Outdoor
🪵Pergola
🪵Pagar Kayu
🪵Wakaf/Gazebo
🪵Hiasan Taman
Perkhidmatan tukang kayu kami tersedia di KL & Selangor untuk pembinaan awning, decking outdoor, pergola, pagar kayu dll. Reka bentuk custom, tahan lasak & harga berpatutan. Hubungi kami untuk sebut harga percuma
Jenis kayu yang kami gunakan ialah kayu keras seperti balau, resak dan chengal
Perbandingan Kayu Keras vs Kayu Biasa,
🔥Ketahanan:5x lebih kuat, tahan cuaca anti anai anai & menambah nilai keistimewaan rumah anda
Promosi Istimewa!
🔹PercumaKonsultasi Pakar Kayu
🔹Percuma3D Design Visualization
🔹Warranty1 Tahun Untuk Struktur
Mengapa Memilih Kami?
✔ Berpengalaman 20+ tahun
✔ Mengutamakan Kualiti
✔ 1 tahun warranty
✔ Nasihat pakar untuk projek anda
📞 Dapatkan harga terbaik untuk projek awning, decking & pergola kayu hari ini. anda boleh tekan butang WhatsApp di kanan bawah screen..
Kepuasan Anda, Keutamaan Kami!
Berikut adalah Projek kayu yang sudah siap..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar